Sebelum ini UK, kini penjejakan aset Dr Mahathir diperluas ke Switzerland – SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan berhubung aset Tun Dr Mahathir Mohamad diperluas ke beberapa negara baharu, antaranya Switzerland.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika ditanya perkembangan siasatan terhadap aset bekas Perdana Menteri itu di luar negara selain United Kingdom (UK)

Untuk itu, beliau berkata, pihaknya giat menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa luar negara seperti Pusat Koordinasi Antirasuah Antarabangsa (IACCC) di UK.

“Kami masih lagi berkolaborasi dengan pihak berkuasa UK dan antara yang dinamakan IACCC dari UK.

“Ia antara pihak berkuasa di UK yang sedang membantu kami sekiranya ada apa-apa aset membabitkan Dr Mahathir.

“Betul (selain UK), kita juga melihat negara lain seperti Switzerland. (Bagaimanapun) masih belum ada perkembangan setakat ini,” lapor BH di Cyberjaya pada Rabu.

Sebelum ini, SPRM mengesahkan siasatan berhubung aset milik Dr Mahathir masih berjalan dan sedang mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa di UK.

Sebelum ini, media melaporkan SPRM memanggil kedua-dua anak kepada bekas Perdana Menteri itu bagi membantu siasatan mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

SPRM memulakan siasatan sejak Ogos 2022 terhadap semua entiti berkait dan dinamakan dalam laporan Kertas Pandora, juga Kertas Panama.

Pada Januari lalu, SPRM mengesahkan kedua-dua anak Dr Mahathir memiliki harta bernilai lebih RM1.2 bilion membabitkan pegangan aset dan saham.

Berdasarkan pengisytiharan harta dikemukakan, Tan Sri Mokhzani Mahathir memiliki aset bernilai kira-kira RM1 bilion dengan aset peribadi sebanyak RM360 juta, manakala Mirzan pula sebanyak RM246.2 juta dengan aset peribadi sebanyak RM120 juta.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat