Tak semua negara mampu turunkan harga bahan api untuk rakyatnya, Malaysia satu-satunya di dunia – PM

KUALA LUMPUR – Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang memperkenalkan subsidi harga minyak menyeluruh kepada semua rakyatnya ketika berdepan ketidaktentuan ekonomi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berucap dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri pagi tadi, Anwar menjelaskan bahawa walaupun kerajaan mewarisi beban hutang yang besar daripada pentadbiran terdahulu, langkah ini tetap dapat dilaksanakan hasil daripada tadbir urus yang baik.

“Nak terangkan panjang, jadi saya beri konteks.Orang sering fokus pada pendidikan, tapi sebenarnya ada keutamaan-keutamaan yang lain.

“Dalam fiqh, keutamaan ini dinamakan tartib al-awlawiyyat dan itulah yang saya maksudkan sebagai keutamaan.

“Sama ada dalam agama, fiqh mahupun pentadbiran, memahami konteks adalah penting, “katanya, lapor BH di Putrajaya pada Isnin.

Anwar menjelaskan bahawa tidak semua negara mampu menurunkan harga bahan api untuk rakyatnya, apatah lagi ketika ekonomi tidak menentu.

“Kerajaan buat pilihan berdasarkan situasi. Kita lakukan ini walaupun berdepan hutang besar.

“Ini boleh dilaksanakan kerana kita sedang menuju ke arah tadbir urus lebih baik, hasil lebih baik, dan tidak ulang kesilapan lalu.

“Bila ini dikurangkan, pulangan kepada negara akan jadi lebih tinggi,” ujar beliau.

Anwar turut menyatakan langkah ini menggambarkan kebijaksanaan kerajaan dalam menetapkan keutamaan negara dari peringkat tertinggi.

Kalau semua negara di dunia berani turunkan harga minyak ketika ekonomi tidak stabil, itu memang memerlukan keberanian dan ketegasan, katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat