Semua warganegara Malaysia, tanpa mengira tahap pendapatan, dengan lesen memandu sah, aktif automatik nikmati subsidi RON95 – Anwar

KUALA LUMPUR – Bagi menjayakan pelaksanaan Program Budi Madani RON95 (BUDI95) penggunaan MyKad dan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjadi asas pengesahan, agar hanya warganegara yang memiliki lesen memandu sah menerima manfaat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, melalui BUDI95, semua warganegara Malaysia, tanpa mengira tahap pendapatan, dengan lesen memandu yang sah dan aktif, akan secara automatik menikmati manfaat ini.

“Usaha ini bertujuan memastikan subsidi diagihkan secara lebih adil kepada rakyat yang layak, di samping mengelakkan sebarang bentuk ketirisan.

“Saya juga ingin mengingatkan rakyat untuk menyemak lebih awal cip MyKad dan lesen memandu masing-masing, supaya tidak timbul masalah teknikal ketika mengisi petrol kelak.

“Insya-Allah, Kementerian Kewangan akan memberi penjelasan dan penerangan terperinci dari semasa ke semasa, agar rakyat benar-benar jelas mengenai pelaksanaan ini. Yang penting, subsidi ini akan diagih secara bersasar, telus dan tanpa ketirisan demi kebaikan seluruh rakyat Malaysia,” ujar Anwar.

Beliau yang juga Menteri Kewangan ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan bahawa mulai 30 September ini, kerajaan akan melaksanakan Program Budi Madani RON95 (BUDI95).

“Menerusi inisiatif ini, setiap rakyat Malaysia akan menerima siling kelayakan bulanan sebanyak 300 liter subsidi petrol RON95.

“Seiring dengan pelaksanaan tersebut, harga RON95 turut diturunkan daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter, manakala bukan warganegara akan dikenakan harga RM2.60 seliter,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat