Cuepacs Desak Kerajaan Semak Semula Elaun Hotel Penjawat Awam

Cyberjaya – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendesak kerajaan melakukan semakan segera terhadap kadar elaun hotel bagi penjawat awam, berikutan kos penginapan rasmi yang semakin meningkat.

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata, pihaknya menerima banyak aduan berhubung pegawai kerajaan yang terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri kerana kadar elaun sedia ada tidak lagi seiring dengan harga pasaran.

“Kadar elaun hotel semasa tidak lagi relevan dengan harga pasaran. Ada pegawai yang terpaksa cari hotel bajet dan itu tidak sesuai dengan status tugas rasmi mereka,” katanya.

Beliau menambah, isu ini bukan sahaja berkait dengan keselesaan tetapi turut melibatkan maruah penjawat awam ketika menjalankan urusan rasmi kerajaan.

“Kerajaan perlu pastikan elaun ini disesuaikan mengikut kos semasa, supaya pegawai tidak terbeban setiap kali diarahkan ke luar kawasan,” ujarnya.

Seperti dilaporkan Berita Harian, Cuepacs menegaskan penyelarasan kadar elaun penginapan amat penting agar penjawat awam dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab tanpa terganggu oleh beban logistik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat