Ugutan Video Lucah terhadap PH Dalam Siasatan Polis & MCMC – Fahmi

Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, mengesahkan bahawa polis sedang menyiasat dakwaan ugutan video lucah yang melibatkan beberapa ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH). Isu ini semakin serius apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dilihat akan memainkan peranan teknikal dalam membantu siasatan.

“(Perkara) ini di bawah siasatan PDRM dan MCMC akan membantu sebagai agensi teknikal. Jadi pihak yang mengetuai siasatan ialah PDRM. Buat masa ini saya tidak mempunyai maklumat tambahan,” kata Fahmi kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Bersama Komuniti dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Penanti di Bukit Mertajam. 

Isu ini timbul selepas bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, mendakwa menerima e-mel daripada penghantar tidak dikenali yang mengandungi ugutan untuk menyebarkan video lucah kononnya melibatkannya dan seorang lelaki jika tidak membayar US$100,000 (lebih kurang RM420,000).

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, turut mendakwa menerima e-mel seumpama itu, manakala Dr. Mohammed Taufiq Johari, Ahli Parlimen Sungai Petani, mendakwa video tersebut telah disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan tujuan mencemar maruahnya. 

Menurut laporan BERNAMA, MCMC akan “menyediakan sokongan teknikal bagi membantu pihak polis dalam usaha mengesan penghantar e-mel dan memastikan keselamatan digital mangsa-mangsa ugutan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat