Bersatu mungkin mati sebelum tua jika tidak berubah – Dr Marzuki

KUALA LUMPUR, – Professor Madya di Jabatan Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia., Datuk Dr Marzuki Mohammad memberi mengingatkan Bersatu bahawa parti itu berisiko “mati sebelum tua” jika gagal melakukan perubahan dan mengubat penyakit dalaman yang semakin parah.

Marzuki yang juga merupakan bekas Ketua Setiausaha Sulit, Perdana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengimbas kembali detik-detik penting sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) apabila Bersatu memutuskan untuk mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Menurutnya, meskipun Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai “PM material”, barisan kepimpinan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) akhirnya sebulat suara menyokong Dr Mahathir demi memastikan konsensus politik tercapai.

“Mereka tak bercakap sokong TSMY sebab takut Tun terasa hati. Mereka juga tak bercakap sokong Tun sebab takut TSMY terasa hati. Akhirnya TSMY sendiri yang bercakap sokong Tun M dan MPT buat keputusan mencalonkan Tun M sebagai PM-7,” katanya.

Dr Marzuki turut mengingatkan bahawa ketika itu Bersatu hanya mempunyai seorang Ahli Parlimen, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan merupakan parti kecil dalam Pakatan Harapan (PH). Namun, semua ahli tetap bersatu mempertahankan keputusan parti.

Beliau mendedahkan DAP pula secara konsisten berpegang kepada dasar mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ketujuh, manakala PKR pernah mengangkat plakad menyokong Anwar ketika Kongres parti tersebut.

Selepas beberapa siri rundingan, PH akhirnya mencapai kata sepakat menamakan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dr Marzuki menegaskan, tidak ada seorang pun ahli Bersatu ketika itu yang mempertikaikan keputusan MPT, sebaliknya mereka mempertahankan prinsip parti meskipun kecil bilangannya.

Namun, beliau menulis keadaan kini jauh berbeza.

“Sekarang Bersatu ada lebih 90 wakil rakyat, tapi berbalah dalam hal mempertahankan keputusan PAT. Ada penyakit kronik yang sedang melanda Bersatu. Jika tak diubat, mungkin mati sebelum tua,” tegasnya.

Kenyataan lantang itu hadir ketika parti tersebut terus dilanda krisis dalaman, khususnya berhubung kesetiaan dan hala tuju selepas lebih tujuh tahun ditubuhkan.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat