KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan bakal menghadiri ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur Oktober ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Trump mengesahkan perkara itu semasa panggilan telefon dengannya pagi ini.
Awal bulan ini, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, memberi bayangan mengenai kemungkinan Trump menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di ibu negara pada Oktober.
Anwar juga berkata kadar tarif baharu untuk Malaysia oleh AS akan diumumkan esok.
“Insya-Allah, ia tidak akan membebankan ekonomi kita,” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 di Dewan Rakyat, sebentar tadi.



