Rakyat putus bekalan makanan kemuncak gagalnya Muhyiddin – Puad

KUALA LUMPUR – Kesediaan Tan Sri Muhyiddin menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dikritik ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi.

Menurut Speaker DUN Johor itu, kemuncak gagalnya Muhyiddin ialah rakyat memacak #Bendera Putih di merata tempat.

“Mereka terputus bekalan makanan. Muhyiddin lupa ke?

“Malam tadi ada “perhimpunan baju hitam bagi menuntut perubahan” di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah. Kononnya Tun M, Muhyiddin dan Haji Hadi akan menyampaikan amanat penting. Rupanya sembang retorik.

“Muhyiddin mendakwa dia ada solusi untuk menyelesaikan isu rakyat. Dia mendabik dada kononnya kerajaan 17 bulannya dulu berjaya. Termasuk mengharungi pandemik Covid-19.

“Hakikatnya dia Perdana Menteri ke 8 yang gagal. PKP separa masak telah menggandakan jumlah kematian dari 2,800 kepada 5,768 dalam tempoh 38 hari “total lockdown” diumumkan.

“Indeks Pengendalian Covid-19 yang dikeluarkan Bloomberg meletakkan Malaysia di tempat ke-3 paling corot antara 53 negara ekonomi utama.

“Muhyiddin bangga pada moratorium pinjaman dan pengeluaran khas KWSP. Sedangkan itu idea Najib dan jadi syarat sokongan BN kepadanya. Tetapi skim i-Citra yang dia laksana jadi i-Marah kepada rakyat,” bidas Puad.

Semalam Muhyiddin berkata, Perikatan Nasional (PN) bersedia untuk menggantikan kerajaan sedia ada kerana mendakwa mempunyai rekod dan pengalaman yang lebih baik sewaktu mentadbir negara ketika era pandemik Covid-19 lalu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat