Annuar Musa kini Presiden TRW, bakal kembalikan kegemilangan bola sepak Kelantan

KUALA LUMPUR – Bapa pembangunan bola sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa mengesahkan beliau menerima tawaran sebagai Presiden Kelab Bola Sepak Kelantan The Real Warriors (Kelantan-TRW) berkuatkuasa serta-merta.

Annuar berkata, keputusan menggalas tanggungjawab itu dibuat bagi memulihkan semula bola sepak Kelantan yang pernah melalui zaman kegemilangan sebelum ini.

Menurutnya, sebelum membuat keputusan beliau telah duduk semeja dengan pengurusan untuk mendapatkan gambaran penuh berkaitan landskap pasukan.

“Mengambil kira keperluan memulihkan semula pasukan Kelantan, saya bersetuju menerima tawaran tersebut.

“Tanggungjawan ini merupakan satu penghormatan yang diberikan oleh Kelantan-TRW kepada saya,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di bilik mesyuarat Stadium Sultan Muhammad IV, di Kota Bharu, lapor Utusan pada Selasa.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu memberitahu, untuk musim 2025/2026 beliau menyasarkan untuk memberi saingan kepada pasukan kuat yang beraksi di Liga Super.

Annuar mempunyai pengalaman mentadbir KAFA, memimpin Kelantan The Red Warriors dan bertindak sebagai Pengerusi Kuala Lumpur City FC (KL City).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat