Bukan himpunan desak titah addendum cuma sesi penerangan Presiden Umno

KUALA LUMPUR – Himpunan yang dijadualkan berlangsung di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) Khamis ini bukan bertujuan untuk mendesak pelaksanaan titah addendum berhubung Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya ia hanya sesi penerangan bersama Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Berkumpul Khamis ini memang betul, tapi bukan untuk desakan. Ia hanya penerangan bersama Presiden.

“Tiada agenda untuk mendesak pelaksanaan titah addendum seperti yang tersebar,” kata sumber Umno Kelantan pada Selasa, lapor Sinar Harian.

Sebelum itu, tular dakwaan kononnya semua Ketua Umno Bahagian dari seluruh negara akan berhimpun di ibu pejabat parti itu bagi menyatakan pendirian mendesak kerajaan melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong berkaitan pembebasan penuh bekas Perdana Menteri tersebut.

Bagaimanapun, sumber menegaskan Umno kekal menghormati saluran undang-undang dan institusi diraja dalam sebarang isu melibatkan kepentingan parti dan negara.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat