KUALA LUMPUR – Satu perbincangan tertutup antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dijadual berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya pada Isnin.
Memetik Sinar Harian, beberapa kenderaan yang dipercayai Ahli Parlimen PH mula memasuki pekarangan kediaman rasmi Perdana Menteri.
Akhbar itu memaklumkan kenderaan mula memasuki bangunan Seri Perdana jam 3.45 petang.
Difahamkan Anwar yang juga Pengerusi PH dijangka memberikan penjelasan berhubung beberapa isu penting dan hal ehwal semasa dalam perbincangan tertutup.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek pada pagi tadi.



