Malaysia tawar diri tanding semula ke Majlis ITU bagi penggal 2027–2030

- Advertisement -

GENEVA, – Malaysia menawarkan diri untuk bertanding semula bagi pemilihan ke Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) bagi penggal 2027 hingga 2030, sekali gus menegaskan komitmennya dalam memperkukuh kerjasama digital di peringkat global.

Pengumuman pencalonan itu dibuat oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, semasa sesi ucapan pemimpin di Acara Peringkat Tinggi Sidang Kemuncak Dunia mengenai Masyarakat Bermaklumat+20 (WSIS+20) yang berlangsung di Geneva, Switzerland hari ini.

“Malaysia kekal sebagai pemain aktif dalam ITU daripada janji Partner2Connect kepada pengerusian Kumpulan Kajian ITU, serta penganjuran pelbagai program pembinaan kapasiti. Sehubungan itu, kami memohon pemilihan semula ke Majlis ITU bagi penggal 2027 hingga 2030,” kata Fahmi.

Beliau turut menegaskan matlamat utama Malaysia adalah untuk terus membantu membina sebuah masyarakat global yang lebih berhubung, berpengetahuan dan inklusif.

“Kami mengulangi komitmen penuh untuk bekerjasama dengan semua rakan kongsi dalam meningkatkan keterangkuman digital, mengukuhkan daya tahan digital, dan memastikan tiada sesiapa yang tertinggal,” tambah beliau.

Malaysia kini merupakan anggota Majlis ITU bagi penggal 2023–2026, yang membolehkan negara ini menyertai perbincangan dasar strategik, serta mewakili kepentingan rantau Asia dalam bidang telekomunikasi dan pembangunan infrastruktur digital.

ITU merupakan agensi khusus di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertanggungjawab memperuntukkan spektrum frekuensi radio, membangunkan piawaian antarabangsa bagi memastikan keserasian rangkaian komunikasi, dan berusaha merapatkan jurang digital di seluruh dunia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat