Tunjuk Rasa Kesal dan Komitmen Jika Mahu Kembali Sertai UMNO – Zahid

- Advertisement -

MANJUNG, PERAK – Individu yang digantung atau dilucutkan keahlian daripada UMNO dan berhasrat untuk kembali ke dalam parti perlu melalui proses yang ditetapkan serta menunjukkan rasa kesal dan iltizam terhadap perjuangan parti, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menegaskan bahawa UMNO mengamalkan pendekatan berlandaskan kebijaksanaan, khususnya dalam menangani isu berkaitan ahli-ahli yang pernah digantung atau disingkirkan.

“Pendekatan kita mestilah berlandaskan kebijaksanaan. Jika tidak, mustahil bagi mereka yang digantung atau bukan lagi ahli UMNO kembali bersama kita,” katanya semasa berucap di Mesyuarat UMNO Bahagian Lumut yang berlangsung di Manjung, seperti dilaporkan Berita Harian.

Kenyataan Zahid ini hadir sehari selepas Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh, menyuarakan pandangan bahawa bekas pemimpin parti yang kini bukan lagi ahli perlu menyingkirkan ego sekiranya masih menyayangi perjuangan UMNO.

Akmal turut menyatakan kesediaannya untuk menjadi jambatan membawa semula tokoh-tokoh seperti Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan ke dalam parti.

“Kalau mereka sayang parti, buang ego,” kata Akmal dalam satu kenyataan.

Namun begitu, setakat ini, media melaporkan bahawa Hishammuddin, yang juga bekas Naib Presiden UMNO, telah memberi bayangan tidak akan mengemukakan sebarang rayuan terhadap keputusan penggantungannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat