“Orang kampung, miskin nak juga makan, jadi epal dan oren import tak kena SST” – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Buah epal dan oren yang merupakan produk import dikecualikan daripada perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan bermula 1 Julai depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet semalam.

“Masih ada orang mengeluh katanya orang kampung, orang miskin hendak juga makan epal. Dia kata ini orang dulu kata ‘an apple a day keep the doctor away’ tak betul itu, (ia) ‘a banana’ sebenarnya pasal pisang tu potasium tinggi.

“Jadi, semalam kita (putuskan) beri kelonggaran import buah-buahan memang ada sedikit cukai tetapi dikecualikan epal dan oren,” katanya semasa berucap pada Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Kota Madani di Presint 19 di Putrajaya pada Khamis.

Pada 9 Jun lalu, kerajaan mengumumkan semakan bersasar kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai depan.

Kadar cukai jualan kekal tidak berubah bagi barangan keperluan, manakala kadar sama ada lima atau 10 peratus akan dikenakan ke atas barangan yang tidak penting atau mengikut budi bicara.

Skop cukai perkhidmatan akan diperluaskan merangkumi enam perkhidmatan baharu seperti penyewaan atau pajakan, pembinaan, kewangan, penjagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat