OK Group lantik Fattah Amin, perkasa inovasi herba dan kelestarian jenama

- Advertisement -

Cyberjaya – OK Group, syarikat warisan tempatan yang berpengalaman lebih 40 tahun dalam penghasilan produk berasaskan herba, terus mengorak langkah ke hadapan dalam mengangkat kekayaan alam Malaysia ke pentas global. Sambil memperkukuh inovasi berasaskan herba semula jadi, syarikat ini turut menekankan aspek kelestarian dan pemerkasaan komuniti tempatan sebagai teras jenama minuman tenaga mereka, Orang Kampung.

Dalam perkembangan terbaharu, OK Group mengumumkan pelantikan selebriti popular tanah air, Fattah Amin, sebagai duta rasmi minuman tenaga Orang Kampung. Langkah ini dilihat sebagai strategi memperkukuh imej jenama di kalangan pengguna moden, khususnya golongan muda dan wanita.

“Fattah membawa imej yang bersih, aktif dan berdisiplin – nilai yang seiring dengan produk kami. Dengan pengaruh dan kredibilitinya, kami yakin beliau dapat membantu menyampaikan mesej jenama kami kepada lebih ramai pengguna yang mencari tenaga semula jadi dalam gaya hidup harian,” ujar Datuk Habibul Ajmi Datuk Haji Manggar, Pengarah Urusan OK Group.

Menurut Fattah, pelantikan ini sangat bermakna kerana beliau sendiri telah lama mengenali dan menggunakan produk keluaran Orang Kampung sejak kecil.

“Produk Orang Kampung memang dekat di hati saya. Ia sebahagian daripada rutin harian keluarga saya. Bila ditawarkan jadi duta, saya teruja kerana saya tahu kualiti dan nilai yang ditawarkan – herba semula jadi, selamat dan berkesan,” katanya.

Bermula sebagai sebuah syarikat kecil yang memproses ramuan tradisional seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, OK Group kini menjadi antara peneraju minuman tenaga berasaskan herba di Malaysia. Ramuan-ramuan ini diperoleh daripada pembekal tempatan melalui proses yang lestari, sekaligus membantu menjana pendapatan kepada komuniti luar bandar.

Dengan mematuhi piawaian pengilangan bertaraf MESTI, pengiktirafan HALAL JAKIM, serta kawalan kualiti yang ketat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, OK Group memastikan setiap produk kekal selamat dan berkualiti tinggi.

Komitmen OK Group terhadap kelestarian bukan sahaja tertumpu kepada bahan ramuan, malah turut merangkumi aspek pembungkusan dan operasi. Rangkaian produk terkini termasuk KF Limited Edition tampil dengan rekaan pembungkusan moden menggunakan bahan boleh kitar semula. Usaha juga sedang dijalankan untuk memperkenalkan pembungkusan biodegradasi menjelang 2026.

“Kami mahu hasilkan produk yang bukan sahaja memberi tenaga, tetapi juga menjaga bumi,” jelas Nurul Shazwani Abd Halim, Pengurus R&D OK Group.

Minuman tenaga Orang Kampung kini ditawarkan dalam tiga varian utama:

  • KF (Kacip Fatimah): Dirumus khas untuk wanita bagi mengekalkan tenaga dan kesegaran harian.
  • Longjack: Gabungan Tongkat Ali dan Guarana, sesuai untuk lelaki dan wanita yang memerlukan stamina dan daya fokus.
  • Longjack X: Varian intensif untuk individu aktif yang perlukan prestasi tenaga lebih tinggi.

Kejayaan domestik turut membuka laluan ke pasaran antarabangsa. Produk minuman tenaga Orang Kampung kini sudah memasuki pasaran Singapura dan Brunei, dengan perancangan untuk menembusi pasaran Eropah dalam masa terdekat – khususnya dalam kalangan komuniti Asia Tenggara dan pengguna yang memilih alternatif tenaga berasaskan alam semula jadi.

Beberapa rundingan sedang berlangsung dengan rakan dagang luar negara dan pengedar eksklusif, sebagai langkah awal mengembangkan sayap jenama ke peringkat global.

Pelantikan Fattah Amin sebagai duta bukan sekadar simbol selebriti – ia adalah pengiktirafan terhadap warisan tempatan yang diangkat ke dalam gaya hidup moden. Dengan visi jelas terhadap inovasi berasaskan herba dan komitmen terhadap kelestarian, OK Group membuktikan bahawa jenama tempatan boleh menyaingi antarabangsa – berpaksikan alam, budaya, dan kepercayaan pengguna sejak generasi terdahulu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat