Dr Akmal rayu PM kaji semula GEG untuk kawal ketagihan dadah, vape

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa meneliti kembali cadangan usul untuk Generasi Penamat Rokok (GEG) agar boleh diluluskan di Dewan Rakyat demi masa depan generasi mendatang

Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh menyeru kerajaan mengkaji semula rasionalisasi GEG.

Dr Akmal berkata demikian mengulas kenyataan Anwar yang sebelum itu menegaskan isu dadah dan vape dalam kalangan anak muda perlu diberi perhatian segera memandangkan ramai anak-anak Melayu paling ramai terkesan.

Perdana Menteri berkata, perkara itu perlu dibincangkan segera dengan mencari jalan penyelesaian bersesuaian ekoran isu dadah dan vape berlarutan dalam tempoh panjang namun belum berjaya diselesaikan.

“Sebab itu dari dahulu kita konsisten untuk bawa GEG (generational end game) untuk memastikan generasi mendatang ini dapat dikawal ketagihan dadah dan vape.

“Tetapi sayangnya GEG ini tidak dibawa dan diluluskan di Dewan Rakyat, malah kerajaan melalui Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan vape daripada Akta Racun dan menyebabkan penjualan vape semakin berleluasa akibat tiada akta yang boleh mengawalnya.

“Mohon PM untuk melihat kembali cadangan usul untuk GEG agar boleh diluluskan di Dewan Rakyat demi untuk masa depan generasi mendatang,” rayu Akmal yang juga pengamal perubatan.

Anwar semalam memberitahu, Kabinet membincangkan isu dadah dan vape namun tiada jalan penyelesaian meskipun puluhan tahun membelenggu negara.

“Dalam mesyuarat Kabinet, (bincang isu) dadah dan vape dalam kalangan anak-anak kita, tolonglah bincang apakah perlu kaunseling, perlu dakwah. Berpuluh tahun kita fikir belum selesai.

“Betul ada anak Cina, India tetapi lebih parah anak Melayu, membunuh jiwa mereka dari kecil. Kena lakukan sesuatu, kena bincang,” katanya.A

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat