Bubar DUN Sabah keputusan mungkin dibuat selepas Julai – Hajiji

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hanya akan diputuskan selepas Perhimpunan Agung Gagasan Rakyat pada hujung bulan Julai ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau tidak akan membuat keputusan berseorangan sebaliknya keputusan dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Gabungan Rakyat Sabah ke mana arah kita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dalam Persidangan Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Sulaman semalam.

“Apabila ditanya oleh rakan media berhubung tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri, saya menjelaskan bahawa belum ada sebarang keputusan dimuktamadkan. Insya-Allah kami akan mengadakan Perhimpunan Agung Gagasan Rakyat pada hujung bulan Julai ini.

“Saya tidak akan membuat keputusan berseorangan, ini prinsip saya. Biarlah keputusan dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Gabungan Rakyat Sabah ke mana arah kita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang,” jelas Hajiji dalam hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Menurut ADUN Sulaman itu, rakyat mesti pandai menilai apa fitnah dan pembohongan serta apa yang dibuat kerajaan.

“Jangan sekali-kali terpengaruh dengan fitnah dan pembohongan yang dibawa oleh pihak pembangkang,” tegas Hajiji.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat