Ini peluang PM kecilkan saiz Kabinet, tak perlu rombak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rombakan tidak perlu dilakukan susulan peletakan jawatan dua menteri, sebaliknya ini adalah peluang untuk Perdana Menteri mengecilkan saiz Kabinet sekarang.

Naib Pengerusi DAP Perak Dr. Abdul Aziz Bari berkata, ini kerana saiz Kabinet pada masa ini agak besar.

“Peletakan jawatan yang berlaku adalah satu peluang untuk Perdana Menteri mengecilkan saiz Kabinet, sekarang ini saiz Kabinet agak besar dan hampir menyamai bilangan Menteri di zaman Perikatan Nasional (PN),” lapor Utusan di Ipoh pada Khamis.

Beliau berkata, berbanding Menteri Besar atau Ketua Menteri di peringkat negeri, Perlembagaan Persekutuan tidak menetapkan bilangan anggota kabinet.

Jelasnya, malah portfolio Kabinet juga tertakluk kepada kehendak Perdana Menteri.

“Jadi tidak timbul kekosongan kerana Perdana Menteri boleh meletakkan portfolio itu di bawah kementerian lain. Perdana Menteri juga boleh memansuhkan kementerian itu dan memasukkan portfolio itu di bawah kementerian lain,” katanya.

Selain itu, Abdul Aziz berkata, malah tiada keperluan rombakan Kabinet kerana sudah ada jawatan Timbalan Menteri.

“Jadi sekiranya Perdana Menteri memutuskan untuk mengekalkan portfolio berkenaan maka Timbalan Menteri berkenaan boleh menjalankan tugas-tugas Menteri yang meletakkan jawatan,” katanya.

Mengenai tuntutan Umno yang mendakwa parti itu mempunyai satu lagi kuota Menteri, Abdul Aziz berkata, Perdana Menteri boleh meletakkan Menteri yang Umno mahu di mana-mana portfolio.

“Tidak semestinya portfolio yang sebelum ini dipegang oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bercadang untuk melakukan sebarang rombakan Kabinet buat masa ini susulan peletakan jawatan dua menterinya iaitu Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pada 28 Mei lalu, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan peletakan jawatan mereka dalam sebagai Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam susulan kekalahan mereka dalam pemilihan PKR.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat