MARA Henti Hantar Pelajar ke AS, Susulan Polisi Trump

- Advertisement -

CYBERJAYA – Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengumumkan akan menghentikan penghantaran pelajar tajaan ke Amerika Syarikat bermula tahun ini, susulan dasar baharu yang diperkenalkan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, MARA telah memulakan perbincangan dengan pelajar yang berada di kolej persediaan untuk menukar destinasi pengajian mereka.

“Jadi, kita akan hantar mereka menyambung pengajian dalam bidang serupa dengan apa yang kita fokuskan di AS termasuk ke United Kingdom, New Zealand dan juga Australia, malah Jepun dan juga China.”

Menurutnya, kos pengajian di negara-negara tersebut juga lebih rendah berbanding di AS.

Beliau turut menjelaskan bahawa dasar baharu Trump memberi kesan langsung terhadap pelajar, termasuk isu visa, kos sara hidup, dan penapisan media sosial.

“Apabila Trump membuat pelbagai polisi baharu sekarang ini, kita sudah tentu meneliti secara serius dan kita memfokuskan juga pelajar-pelajar yang sedang berada di AS, sejauh mana ia akan menjejaskan pelajaran mereka di sana termasuk peningkatan kos sara hidup.”

Asyraf membuat kenyataan itu semasa lawatannya ke United Kingdom, di mana beliau turut mengadakan pertemuan strategik dengan pengurusan Universiti Cambridge untuk menjalin kerjasama akademik yang berpotensi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat