PAS Desak Tangguh Rasionalisasi RON95, Pertikai Definisi T20

- Advertisement -

CYBERJAYA – PAS hari ini menggesa kerajaan agar menangguhkan pelaksanaan rasionalisasi subsidi petrol RON95, sambil mempersoalkan ketelusan definisi kumpulan T20 yang akan dikecualikan daripada bantuan tersebut.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari, menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, yang menyatakan langkah itu bakal dilaksanakan pada separuh kedua tahun ini. Menurut beliau, rakyat masih terbeban dengan kenaikan kos utiliti, termasuk tarif elektrik dan air.

“Sedang rakyat bergelut dengan beban sedia ada, kerajaan seperti tidak sabar mahu menarik satu lagi bentuk bantuan yang sangat diperlukan orang ramai,” kata Fadhli dalam satu hantaran media sosial.

Beliau turut mengkritik kekaburan kerajaan dalam menetapkan siapa sebenarnya yang tergolong dalam kategori T20, menyifatkan ia sebagai “mengelirukan dan tidak konsisten.”

Menurut beliau, pelbagai jawapan menteri di Parlimen mengenai kaedah pengkelasan T20 hanya menambah kekeliruan — ada yang menyebut berdasarkan lokasi tempat tinggal, ada pula yang merujuk kepada corak perbelanjaan, malah ada yang mengaitkan data daripada aplikasi e-dompet, MySejahtera dan langganan hiburan seperti Netflix.

“Akhirnya siapa T20? Adakah keluarga empat orang di bandar yang menyewa rumah dengan pendapatan RM11,000 pun dianggap tidak layak?” soal beliau.

Tambahnya, PAS bukan menentang usaha reformasi subsidi secara asas, namun mahu jaminan bahawa sebarang pelaksanaan dilakukan secara teliti dan menyeluruh, bukannya terburu-buru.

“Jangan jadikan rakyat mangsa percubaan dasar ekonomi yang tidak siap rapi,” tegas Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Sementara itu, Amir Hamzah dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa perbincangan peringkat kabinet sedang dijalankan bagi memastikan mekanisme penyasaran subsidi dapat dilaksanakan dengan adil, dan kumpulan penerima bantuan dikenal pasti secara tepat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat