Ketelusan Dana Awam: Pemuda MCA Bawa Isu MyKiosk ke SPRM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pemuda MCA hari ini memfailkan laporan kepada SPRM berhubung dakwaan ketidakwajaran dalam pelaksanaan projek MyKiosk di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong mengetuai penghantaran laporan itu di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, bersama beberapa wakil Pemuda dan Beliawanis MCA.

Menurut mereka, laporan itu dibuat bagi menggesa siasatan menyeluruh terhadap projek berkenaan, yang sebelum ini mencetuskan persoalan awam mengenai ketelusan dan tatakelola pelaksanaannya.

Dalam video itu, dia dilaporkan berkata, pihaknya melahirkan rasa kesal apabila menteri KPKT, Nga Kor Ming menuduh MCA cuba memporak-perandakan kerajaan Perpaduan dengan isu tersebut.

“Isu ini bukan Pemuda MCA yang cakap, tapi kita menerima banyak laporan daripada orang ramai dan pendedahan yang dibuat oleh akhbar-akhbar tempatan.

“Banyak pautan berita mengatakan terdapat banyak MyKiosk tidak digunakan secara baik dengan alasan mungkin sebelum ini ada orang sewa, tetapi dikatakan duduk di situ tidak sesuai, lokasi tidak strategik atau duduk dalam itu panas.

“Untuk fasa pertama, mungkin tenaga solar tidak mencukupi, hanya boleh tahan empat jam dan pelbagai alasan lagi. Keberkesanan projek ini dipertikai ramai orang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat