PAS Tak Campur Pemilihan PKR, Tapi Saya Harap Izzah Menang’ – Sanusi

- Advertisement -

ALOR SETAR, – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan bahawa PAS tidak mencampuri urusan pemilihan parti lain, termasuk pemilihan kepimpinan PKR yang sedang berlangsung ketika ini.

Bagaimanapun, beliau secara peribadi menyatakan harapan agar Nurul Izzah Anwar memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pertandingan yang turut disertai penyandangnya, Rafizi Ramli.

“Saya pegang kepada pandangan ataupun arahan Timbalan Presiden parti, PAS tak campur tangan dalam urusan pemilihan parti lain. Tapi oleh kerana mereka itu parti kerajaan, setidak-tidaknya siapa yang menang pun akan beri kesan kepada kerajaan selepas ini,” katanya ketika ditanya wartawan.

Sanusi turut menyatakan harapannya agar proses pemilihan berlangsung lancar dan menghasilkan pemimpin terbaik untuk negara.

“Saya harap pilihan tu berlaku dengan lancar lah. Orang yang menang tu orang yang lebih baik untuk negara. Kalau Izzah lebih baik, Izzah lah. Kalau Rafizi, Rafizi lah,” ujarnya.

Mengulas mengenai dirinya yang sering menjadi sasaran kritikan, Sanusi berkata ramai pihak menggunakan namanya untuk meraih populariti di media sosial.

“Saya tak boleh elak pun dah tu. Siapa nak popular, hantam saya. Di Malaysia sekarang… netizen ke, fake account ke, siapa nak popular, hantam saya. Saya jadi punching bag. Dia pun cepat popular. Sebab siapa boleh hantam saya, dia teror,” katanya.

Bagaimanapun, beliau turut memberi peringatan kepada pengkritiknya supaya bersedia menerima reaksi balas.

“Kalau sanggup tahan telinga, sila,” tambahnya.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat