Harga RON97 dan Diesel Turun 3 Sen Mulai 15 Mei

- Advertisement -

Putrajaya, – Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit bahan api RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 3 sen seliter berkuat kuasa dari 15 Mei hingga 21 Mei 2025.

Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini, harga runcit RON97 akan diturunkan daripada RM3.10 kepada RM3.07 seliter, manakala harga diesel di Semenanjung Malaysia pula diturunkan kepada RM2.77 seliter.

Bagaimanapun, harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, sementara diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga tidak berubah iaitu pada kadar RM2.15 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak serta menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.

Penetapan harga mingguan produk petroleum dilakukan berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), yang mengambil kira harga rujukan pasaran global dan kadar tukaran mata wang asing.

Langkah penyelarasan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara di tengah ketidaktentuan pasaran global.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat