Kabinet beri MOT sebulan lengkapkan laporan siasatan nahas FRU

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nahas mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan di Perak semalam akan melibatkan dua set siasatan.

Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini telah menetapkan Kementerian Pengangkutan (MOT) diberi tempoh sebulan untuk melengkapkan laporan siasatan tragedi mengorbankan sembilan anggota FRU.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil berkata, dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan bahawa satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk meneliti aspek yang bukan bersifat jenayah, (terutama) dari aspek kenderaan.

“Jemaah Menteri memutuskan bahawa laporan daripada Kementerian Pengangkutan perlu disiapkan dalam tempoh satu bulan dan dibentangkan semula kepada Jemaah Menteri sebelum sebarang keputusan dibuat

“Manakala siasatan oleh pihak PDRM diteruskan,” kata Fahmi pada sidang media di Putrajaya.

Justeru ujar beliau, akan ada dua set siasatan.

“Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa laporan dari Kementerian Pengangkutan perlu
disiapkan dalam tempoh satu bulan dan dibentangkan semula ke Jemaah Menteri sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya.

Berkait aspek pampasan pula Fahmi memberitahu seperti yang Timbalan Ketua Polis Negara telah umumkan, ada di kalangan anggota FRU berkenaan ada yang menerima insurans berkelompok.

“Jadi ada di kalangan mereka yang waris akan menerima dalam masa terdekat.

“Dan ada juga sumbangan yang diberikan, malah petang ini juga Menteri Dalam Negeri akan melawat lima keluarga yang berada di Perak dan beliau akan memberi sumbangan sebanyak RM2,000, bantuan kecemasan segera kepada keluarga-keluarga tersebut. Boleh rujuk dengan Menteri Dalam Negeri,” ujar Fahmi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat