PKR Sedang Diuji Kuasa, Pemimpin Lama Cuba Dijatuhkan – Rafizi

- Advertisement -

SEREMBAN: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menyifatkan parti itu kini berdepan cabaran dalaman selepas membentuk kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Beliau mendakwa situasi semasa memperlihatkan ramai individu menyertai PKR bukan atas dasar perjuangan, sebaliknya kerana mengejar jawatan dan kuasa. Keadaan ini menurutnya mencetuskan usaha menjatuhkan pemimpin-pemimpin lama parti.

“Semasa kita susah, orang tidak mahu bersama. Itulah orang lama seperti saya, Aminuddin Harun dan Nik Nazmi Nik Ahmad, kami sudah melalui proses ini.

“Tetapi selepas berkuasa pada 2022, berlaku lambakan anggota yang masuk, merebut jawatan dan kuasa, hingga ada gerakan tertentu cuba menjatuhkan orang lama untuk memenangkan pemimpin tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Jelajah Hiruk Zon Melaka dan Negeri Sembilan sempena pemilihan parti, malam tadi.

Dalam ucapannya, Rafizi turut menasihatkan calon-calon bertanding agar tidak terlalu ghairah mengejar kedudukan sehingga tercetus perpecahan yang boleh menggugat kekuatan parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Katanya, kepimpinan parti perlu dirancang dengan realiti politik semasa dan tidak boleh mengambil mudah bahawa PKR akan terus berada dalam kerajaan selepas penggal ini.

“Kita sebenarnya berada jauh lagi untuk berasa yakin dapat sambung penggal kedua Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

“Kita mesti merancang kepimpinan parti dengan keadaan luar jangka, jika PRU datang, kita kalah, bagaimana?” katanya.

Pemilihan PKR yang dijadual berlangsung pada 23 Mei ini menyaksikan Rafizi bakal dicabar oleh bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, bagi jawatan Timbalan Presiden.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat