Beku semua beban kewangan, kurangkan isu perkauman demi kukuhkan ekonomi – Guan Eng

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng mengemukakan saran kepada kerajaan supaya membekukan segala syor-syor menambahkan beban kewangan kepada industri.

Menurut Ahli Parlimen Bagan itu beban kewangan itu merujuk kepada cukai atau kenaikan tariff elektrik 14.2 peratus dan pelaksanaan e-invoicing pada bulan Julai 2025 serta menangguhkan pengapungan minyak RON 95 kepada harga pasaran.

Beliau malah menyokong pengumuman Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menangguhkan perluasan skop cukai SST pada 1 Mei 2025.

Selain itu kata Guan Eng, kerajaan juga harus menimbang menarik balik cadangan sumbangan KWSP 2 peratus oleh majikan bagi pekerja asing.

Bekas Menteri Kewangan juga menyarankan kerajaan agar menurunkan kadar faedah Overnight Policy Rate(OPR) Bank Negara sebanyak 1 peratus daripada 3 peratus sekarang kepada 2 peratus.

“Memandangkan kadar inflasi kian terkawal, sasaran utama harus ditumpukan kepada menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

“Syor lain, pakej rangsangan ekonomi untuk membantu sektor terjejas dan pekerja yang kehilangan pekerjaan. Selain daripada geran kerajaan, sektor perbankan harus diwajibkan untuk memberikan pinjaman mudah atau memberikan kelonggaran atas pinjaman yang sedia ada.

“Juga, memberikan peluang perniagaan dan membuka akses kepada industri tempatan dengan mewajibkan semua pelabur asing dan tempatan diwajibkan membeli sekurang-kurangnya 50 peratus barangan tempatan. Banyak IKS membuat aduan bahawa kontraktor asing yang menangi pembidaan kerajaan dan swasta hanya membeli barangan daripada negara asal mereka sehingga IKS tempatan tidak memperolehi sebarang tempahan perniagaan.

“Satu perkara yang sama penting ialah melindungi peniaga tempatan daripada peralihan perdagangan terutama sekali tindakan lambakan produk-produk oleh negara-negara yang disekat daripada memasuki pasaran Amerika Syarikat seperti negara China,” katanya ketika Sidang Khas Dewan Rakyat pada Isnin.

Penasihat DAP itu berkata lagi, penguatkuasaan menghindarkan lambakan barangan mestilah dipertingkatkan agar industri tempatan tidak ditimbun dengan barangan murah asing sehingga peniaga tempatan terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu menjualkan barangan mereka.

“Cadanga lain ialah, meningkatkan perbelanjaan pembangunan kerajaan agar dapat menggerakkan pertumbuhan ekonomi khasnya sektor perkhidmatan kewangan dan logistik seperti mengembangkan karga pelabuhan dan lapangan terbang. Ini penting untuk mengurangkan defisit perkhidmatan yang dialami oleh Malaysia dengan negara lain khususnya Singapura.

“Dalam detik cabaran ekonomi global dan pelaksanaan tarif, dan demi memperkukuhkan dan mengekalkan ekonomi, semua rakyat Malaysia harus bersatu di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri.

“Kurangkan isu sensitif agama dan perkauman yang mencetuskan perpecahan agar kita sama-sama berusaha dengan satu hati untuk menjaminkan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara,” seru beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat