Nik Abduh antara 3 ahli baharu JKMR, nasihati PM aspek rasuah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemimpin Pas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz antara tiga dilantik sebagai ahli baharu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) untuk tempoh pelantikan bermula 25 April 2025 hingga 25 April 2028.

Surat cara pelantikan itu disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disaksikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

“Menyampaikan surat cara pelantikan kepada tiga ahli baharu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) bagi tempoh pelantikan bermula 25 April 2025 hingga 25 April 2028 yang turut disaksikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

“Tiga individu yang dilantik ialah Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz – Ahli Dewan Negara; Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Dr. Awang Sariyan – Ahli Dewan Negara dan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah – Ahli Parlimen Langkawi,” kata Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook pada Isnin.

Menurutnya, JKMR berperanan penting dalam menasihati Perdana Menteri mengenai pelbagai aspek berkaitan isu rasuah serta meneliti Laporan Tahunan SPRM.

“Pelantikan ahli JKMR ini diharap dapat memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap usaha kerajaan mempertingkat integriti dan tadbir urus, sejajar dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan nilai ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam sistem pentadbiran negara.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat