Mat Sabu sahkan tiada pencemaran dari 9 kandang babi di Ayer Kuning

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu mengesahkan beliau sendiri telah hubungi pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan siasatan mengesahkan tiada pencemaran berlaku daripada sembilan kandang yang beroperasi.

Justeru tegas beliau, rakyat perlu tahu fakta sebenar dan tidak terpedaya dengan dakwaan tidak berasas.

“Malam tadi Bang Mat hadir dalam ceramah sempena PRK DUN Ayer Kuning di Kampung Baru Coldstream. Baru-baru ini, dakwaan isu pencemaran akibat penternakan khinzir telah dibangkitkan.

“Bang Mat sendiri telah hubungi pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan siasatan mengesahkan tiada pencemaran berlaku daripada sembilan kandang yang beroperasi.

“Rakyat perlu tahu fakta sebenar dan tidak terpedaya dengan dakwaan tidak berasas.

“Namun, Bang Mat ingatkan semua penternak supaya patuh peraturan dan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan,” tegas beliau.

Presiden Amanah itu menyatakan, isu alam sekitar dan kesihatan masyarakat adalah tanggungjawab bersama.

“PRK ini peluang besar untuk warga Ayer Kuning, buatlah pilihan bijak.

“Undilah calon yang akan membawa suara rakyat dan bersama Kerajaan Perpaduan demi kestabilan dan masa depan yang lebih cerah,” seru beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat