Ustaz Abu Syafiq korek tabung vaksin bayar saman fitnah KJ RM2.5 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perintah mahkamah yang menetapkan penceramah bebas Mohd Rasyiq Mohd Alwi atau Ustaz Abu Syafiq membayar ganti rugi RM2.5 juta kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar dianggap ujian daripada Allah.

“Alhamdulillah untuk diri sendiri.

“Nak kena cari RM2.5 juta pulak. Korek tabung vaksin lah jawabnya.

“Ok..ok nanti saya cari ye, syukur dengan ujian tulisnya di Facebook pada Jumaat.

Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Ustaz Abu Syafiq membayar ganti rugi RM2.5 juta kepada bekas Menteri Kesihatan itu.

Khairy memperoleh ganti rugi RM2.5 juta selepas menang dalam kes saman terhadap Ustaz Abu Syafiq berhubung vaksin Covid-19 yang dimuat naik di media sosial, tiga tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan memutuskan demikian selepas membenarkan saman fitnah difailkan Khairy, 49, yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau selaku plaintif terhadap Mohd Rasyiq (Abu Syafiq), 45, sebagai defendan.

Hakim itu turut memerintahkan defendan membayar kos RM50,000 kepada plaintif.

Pada 25 Jan 2022, Khairy menyaman Mohd Rasyiq atas dakwaan memfitnahnya dengan membuat beberapa kenyataan fitnah termasuk menyiarkan tiga video dan gambar di Instagram ‘Ustaz Abu Syafiq’ pada 20 Okt 2021 serta pada 6 dan 10 Jan 2022.

Plaintif mendakwa kenyataan fitnah itu membawa maksud antaranya dia berbohong dan menipu orang ramai dengan mendakwa dirinya telah diberi vaksin Covid-19 serta menerima dos ketiga serta memalsukan maklumat berkenaan status vaksinasi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat