Gelar PM ‘ketimbang’, ‘Bang Non’ dan ‘mengencing’ lelaki asal Bachok ditahan, dianggap menghina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 25 tahun dari Bachok, Kelantan ditahan selepas memuat naik kandungan berunsur menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi akaun TikTok miliknya.

Ketua Polis Daerah Bachok Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, lelaki terbabit ditahan susulan satu laporan polis diterima pada Jumaat selepas dia didapati memuat naik video berbaur penghinaan terhadap Perdana Menteri menerusi akaun TikTok miliknya Matpakistan.

“Suspek telah menggelarkan Perdana Menteri dengan jolokan mengaibkan iaitu ‘Ketimbang’ dan ‘Bang Non’.

“Selain membuat tuduhan bahawa Perdana Menteri hadir ke Bachok pada Sabtu lalu semata-mata untuk ‘mengencing’ atau menipu rakyat yang hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di Pantai Irama,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa lapor Sinar Harian di Kelantan.

Menurut beliau, lelaki terbabit turut dikesan mengajak orang ramai agar memboikot kehadiran Perdana Menteri melalui kenyataan yang boleh mencetuskan ketidaktenteraman awam.

Ujarnya, susulan tangkapan tersebut, polis merampas telefon bimbit milik lelaki itu untuk siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Mohamad Ismail memberitahu, polis kini menunggu laporan penuh daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaan lanjut mendapati telefon tersebut mempunyai kandungan video serta gambar lucah di dalam peranti berkenaan.

“Lelaki itu telah didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat