Bendera Perak Dikibar Separa Tiang Hormati Pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi

- Advertisement -

CYBERJAYA – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan agar Bendera Negeri Perak dikibarkan separa tiang hari ini sebagai tanda penghormatan atas pemergian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia Kelima.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, arahan tersebut mencerminkan rasa sedih dan dukacita seluruh rakyat serta Negeri Perak terhadap pemergian tokoh negara berkenaan.

Kibaran separa tiang ini adalah khusus untuk Bendera Negeri Perak sahaja dan perlu dilaksanakan di semua premis kerajaan, termasuk kediaman rasmi serta kuarters kerajaan.

Pelaksanaan kibaran separa tiang hendaklah dilakukan sejurus selepas sesi Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga, Dewan Negeri Kelima Belas Perak Darul Ridzuan.

“Sehubungan itu, semua jabatan, agensi serta pihak berkaitan dimohon untuk melaksanakan titah ini dengan penuh tertib dan hormat, sebagai tanda penghormatan atas jasa dan sumbangan Allahyarham kepada negara,” menurut kenyataan itu.

Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang merupakan Perdana Menteri Malaysia dari 2003 hingga 2009, dikenang sebagai pemimpin yang membawa pendekatan sederhana dan berhemah dalam pentadbiran negara.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat