Presiden PAS Ucap Takziah Atas Pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi

- Advertisement -

CYBERJAYA – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia kelima, yang telah kembali ke rahmatullah.

Dalam kenyataan beliau, Abdul Hadi menyifatkan pemergian Tun Abdullah sebagai satu kehilangan besar buat negara, khususnya dalam sejarah kepimpinan tanah air.

“Allahyarham dikenang sebagai seorang tokoh yang tenang, berhemah, serta membawa pendekatan kesederhanaan dalam pentadbirannya. Beliau merupakan figura yang dihormati bukan sahaja dalam kalangan pemimpin, malah oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Abdul Hadi turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosanya, diterima amal solehnya, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

“Al-Fatihah,” ujar beliau mengakhiri kenyataan itu.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat