Yusri Bakir taruhan BN di PRK Dun Ayer Kuning

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Setiausaha Umno Tapah Dr Yusri Bakir dipilih calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK Ayer Kuning 26 April ini.

Pencalonan itu diumumkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad pada majlis pelancaran jentera dan pengenalan calon BN PRK Ayer Kuning.

Yusri ketika diumumkan sebagai calon mengucapkan terima kasih kepada pimpinan BN dan Umno yang memberi kepercayaan mewakili kerajaan perpaduan bagi meneruskan legasi bekas penyandang, Ishsam Shahruddin.

“Dengan kerjasama dan komitmen semua, kita mampu membawa kejayaan yang besar kepada DUN Ayer Kuning bagi meneruskan rancangan dan apa yang telah dibuat Allahyarham Ishsam.

“Itulah komitmen jentera kami, mudah-mudahan hari ini permulaan yang baik dengan pengakhiran yang cemerlang,” katanya.

Turut hadir Pengerusi BN yang juga presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden Umno Datuk Seri Johari Ghani, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong, dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan.

Yusri adalah pemegang ijazah doktor falsafah (Pendidikan Islam) dan merupakan ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Ipoh.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April, manakala penamaan calon 12 April, lapor FMT di Tapah pada Isnin.

Kerusi DUN Ayer Kuning kosong susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin pada 22 Feb.

Pada PRU15 November 2022, beliau mewakili BN menang dengan majoriti 2,213 undi dalam pertembungan lima penjuru.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat