MOSTI, KPM terus promosi STEM – Yusof Apdal 

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sentiasa memastikan pelajar sekolah meminati subjek sains, teknologi, kejuruteraan  dan matematik (STEM) melalui kerjasama dengan  Kementerian Pendidikan Malaysia.

Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, penganjuran pelbagai program dilakukan untuk memberi mereka galakan dan pendedahan kepada pelajar bagi melibatkan diri dalam aktiviti pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI). 

“MOSTI menggalakkan kaedah pembelajaran STEM agar dilakukan dengan pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif. 

“Kerajaan menekankan penggunaan teknologi terkini kerana kita sedar bahawa kita juga ada satu peranan penting untuk bersama dengan  kementerian pendidikan dan kementerian pendidikan tinggi. 

“Kerana itu sebelum ini apabila saya pernah bersama kementerian tinggi dulu, cabaran yang sama ada di MOSTI iaitu kita kekurangan anak anak  tempatan yang cenderung mengambil aliran sains yang boleh menjejaskan keperluan negara kita,” katanya kepada  Suara TV di Parlimen. 

Usaha ini jelasnya penting bagi memastikan Malaysia melahirkan lebih ramai pereka cipta berkualiti pada masa akan datang serta lebih ramai inovator tempatan yang mampu memacu ekonomi negara berasaskan inovasi.  

“Tentunya ini yang kita sedang usahakan untuk membantu  negara menjadi negara yang berteknologi tinggi. 

“Peranan ini kita laksanakan dan pertingkat usaha melalui program di sekolah, universiti dan belia belia. 

“Sebagai kementerian yang bertanggungjawab, teknologi bukan seperti dulu, sebagai dokor misalnya perlu lebih kreatif. Ini antara cabaran di kementerian. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu itu berkata, kementerian ini juga mencari kaedah-kaedah baru untuk memanfaatkan sepenuhnya bidang berkaitan bagi memberi pendedahan dan latihan kepada pelajar.

“Hari ini kita nak cari kaedah yang ada hubungkait dengan teknologi termasuk inovasi dan ini satu usaha yang tentunya kita berupaya membantu negara yang boleh mengembangkan ekonomi negara terutama apabila kita sebut tentag AI. 

“Dasar dasar itu sudah ada tetapi bila kita laksanakan seperti yang saya katakan, orang tidak tahu, kerana kita (MOSTI) ini dibelakang tabir. 

“Bila ada kejayaan bukan MOSTI yang disebut tetapi kementerian yang menggunakan sepenuhnya apa yang kita rangka,” katanya.

 

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat