NCER catat pelaburan direalisasi RM48.25 biliion, 10,529 peluang kerja – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) telah berjaya mencatatkan pelaburan direalisasi berjumlah RM48.25 bilion dengan
telah menyaksikan sebanyak 10,529 peluang pekerjaan baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, nilai ini adalah peningkatan sebanyak 60 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

“Bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) telah berjaya mencatatkan pelaburan direalisasi berjumlah RM48.25 bilion.

“NCER juga telah menyaksikan sebanyak 10,529 peluang pekerjaan baharu melalui pelaburan direalisasikan ini.

“Perkara tersebut dimaklumkan sewaktu saya mempengerusikan Mesyuarat Ke-32 Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) hari ini,” kata Anwar dalam kenyataan pada Rabu.

Jelas Menteri Kewangan itu lagi, mesyuarat turut membincangkan inisiatif-inisiatif dalam menyokong ekosistem pelaburan di NCER selari dengan Pelan Pembangunan Strategik NCER 2024-2030, antaranya adalah pembangunan pusat inovasi teknologi, hub agro makanan dan peralihan tenaga.

“Perancangan ini penting dalam usaha Kerajaan Madani memastikan NCER berterusan dapat menarik pelaburan terkait industri strategik yang berimpak dan bernilai tinggi,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat