Utamakan kebajikan pelajar, jangan cuba tutup kes buli, keracunan makanan di MRSM atau IPMa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – MARA mahu mana-mana pihak bertanggungjawab untuk tidak menutup sebarang perilaku buli mahupun kejadian keracunan makanan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ataupun mana-mana Institut Pendidikan MARA (IPMa).

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang menyembunyikan sebarang insiden seumpama itu.

“Jangan ada sebarang cubaan untuk menutup perilaku buli mahupun kejadian keracunan makanan di MRSM ataupun mana-mana IPMa. Kebajikan pelajar lebih utama daripada nak jaga nama. Tiada kompromi,” katanya di Facebook hari ini.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai satu kejadian keracunan makanan di sebuah MRSM di selatan tanah air.

“Saya terus minta pihak MARA siasat kerana menurut ibu bapa pelajar, kejadian sudah berlaku beberapa kali tahun ini.

“Begitu juga dengan kes buli, ada pihak yang sengaja tidak mahu panjangkan dan nak tutup isu ini daripada pihak atasan kerana kononnya nak jaga nama takut terpalit.

“Maaf ya! bab kebajikan dan keselamatan pelajar adalah keutamaan saya, jika saya tahu wujud kes-kes seumpama ini dan cubaan untuk menutupnya, saya akan ambil tindakan tegas!,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci lokasi kes keracunan makanan itu.

Dalam komen terhadap pengikutnya di Facebook, beliau juga meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai isu sama supaya segera melaporkan kepadanya.

“Aries Syaz kalau ada isu, maklumkan pada saya,” katanya. – BH

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat