TV AlHijrah berkongsi rezeki sempena ulang tahun Ke-14, Sumbangkan 130 Bakul Makanan Kepada Golongan Memerlukan

- Advertisement -

Dalam meraikan ulang tahun ke-14, TV AlHijrah telah mengambil pendekatan berbeza dengan berkongsi rezeki kepada golongan memerlukan menerusi program Hijrah Prihatin Kisah Mereka. Sebanyak 130 bakul makanan telah diagihkan kepada empat pertubuhan dan sebuah kelab kakitangan.

Pertubuhan yang menerima sumbangan tersebut ialah Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, PPR Desa Tun Razak, Cheras (Mualaf), Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al Mahabbah, Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah dan Kelab Met Harian Metro.

Menurut Ketua Kumpulan Integrasi Media & Hal Ehwal Korporat TV AlHijrah, Saifulizan Sidek, inisiatif ini bertujuan untuk mendekati masyarakat dan membantu mereka yang memerlukan.

“Selalunya kami yang menerima hadiah atau kek sempena ulang tahun, tapi tahun ini kami ingin berkongsi rezeki kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Saifulizan juga berkata bahawa Hijrah Prihatin Kisah Mereka telah menjelajah ke pelbagai lokasi di seluruh Malaysia, termasuk pulau-pulau dan penempatan terpilih di kawasan pedalaman. seperti Pulau Redang, Pulau Aur, Pulau Pangkor, Pulau Tuba dan empat pulau di Semporna, Sabah.

“Hampir 10 pulau kita sudah pergi. Kita bantu mereka dengan tujuan meringankan bebanan. Kami turut bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),” jelasnya.

TV AlHijrah berharap inisiatif ini dapat memberi inspirasi kepada syarikat-syarikat lain untuk turut sama menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat