Parti Gerakan tak perlu jadi juara bela judi, loteri, bukan ada tambahan undi pun – PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- PAS membidas parti sekutunya Gerakan agar tidak perlu bersungguh-sungguh menjadi juara mempertahankan kelompok penggemar loteri.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menegur kenyataan Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong yang mengkritik Kerajaan Negeri Kedah yang bertegas mengekalkan arahan menutup premis judi dan loteri di negeri pimpinan PAS itu.

“Parti Gerakan tak perlu jadi juara pertahankan kelompok penggemar loteri.

“Anda tidak akan mendapat tambahan undi pun dengan bersikap seperti ini.

“Bahkan sebenarnya bukanlah semua kawan-kawan bukan Islam sukakan aktiviti ini,” tegas Fadhli.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu lagi, dalam pada kita menghormati keputusan mahkamah, kita juga harap Kerajaan Negeri Kedah akan mencari ruang dan peluang dalam konteks undang-undang yang ada bagi memastikan premis-premis judi dan loteri akan terus kekal ditutup.

Sebelum itu, Tong Keong menyatakan, Gerakan bukannya ingin menggalakkan aktiviti judi tetapi parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu menentang pelanggaran hak perjudian yang sah.

Kata Timbalan Presiden Gerakan itu, Kerajaan Kedah hendaklah menghormati keputusan Mahkamah Tinggi untuk memulangkan semula premis judi.

Pada Selasa, beberapa kedai judi berjaya dalam tindakan undang-undang mereka untuk mengubah tindakan Kerajaan Kedah yang mengharamkan mereka di negeri itu.

Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 20 Jun membenarkan permohonan semakan kehakiman daripada berbilang pengendali perjudian yang menyasarkan keputusan pentadbiran Kedah.

Bagaimanapun, kerajaan Kedah telah memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan itu, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada 14 Nov 2022, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan kerajaan Kedah tidak lagi meluluskan lesen judi, selain mengehadkan penjualan arak di semua premis terutama di kawasan luar bandar di negeri ini.

Dia berkata langkah itu bertujuan menangani gejala sosial yang berpunca daripada perjudian, seperti keruntuhan institusi keluarga.

Pada 1 Jan tahun lepas, keputusan itu berkuat kuasa menyebabkan semua premis perjudian dan loteri tidak lagi dibenarkan beroperasi di Kedah.

Menurut salah satu permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh SM Lottery Sdn Bhd, pemohon berhujah keputusan kerajaan negeri adalah tidak sah, tidak rasional dan melanggar perlembagaan.

Kedai judi itu mendakwa keputusan pentadbiran Kedah gagal mengambil kira komposisi pelbagai etnik rakyat negeri itu.

Pemohon berhujah keputusan kerajaan negeri itu dibuat tanpa rundingan terlebih dahulu dengan pihak berkepentingan di Kedah.

Kedai judi itu juga berpendapat Perkara 74 dan 75 Perlembagaan Persekutuan hanya memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk menggubal undang-undang dan peraturan mengenai perjudian.

Bukan sahaja Kerajaan Kedah dan Sanusi, malah pelbagai majlis daerah seperti Alor Setar, Sungai Petani dan Baling dinamakan sebagai responden yang disasarkan oleh tindakan undang-undang itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat