PH kalah PRK Sungai Bakap sebab tak ramai keluar undi – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Sokongan pengundi Melayu dilihat tidak berubah kepada Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap meskipun penyasaran subsidi diesel dilaksanakan.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sebaliknya menegaskan, keputusan pengundian lebih dipengaruhi oleh jumlah peratusan keluar mengundi yang rendah.

“Tidak ada peralihan sokongan (pengundi) Melayu yang ketara. Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

“Sokongan Melayu untuk calon Pakatan Harapan (PH) adalah kira-kira 22 hingga 23 peratus. Pada masa ini juga adalah sekitar 22 hingga 23 peratus.

“Walaupun majoriti nampak tinggi, sebenarnya tidak ada peralihan sokongan bagi pengundi Melayu,” katanya mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan subsidi diesel bersasar mempengaruhi keputusan PRK Sungai Bakap.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Forum Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Rabu, lapor BH.

Rafizi berkata, perbezaaan keputusan pengundian bagi PRK Sungai Bakap ialah disebabkan jumlah peratusan keluar mengundi yang rendah.

Beliau berkata, kawasan dengan majoriti pengundi Melayu, peratusan keluar mengundi mencapai setinggi 80 peratus, sementara di kawasan majoriti bukan Melayu pula peratusan yang keluar mengundi adalah serendah 45 peratus.

Katanya, secara tradisinya peratusan keluar mengundi bukan Melayu pada PRK dan PRN lebih rendah, berbanding Pilihan Raya Umum (PRU).

“Justeru, masih terlalu awal untuk menyatakan isu diesel dikatakan menjadi punca utama kekalahan.

“Saya rasa kita kena berhubung dengan kumpulan sasaran, pengundi bukan Melayu untuk memahami motivasi mengapa mereka tidak keluar mengundi.

“(Jika) ia disebabkan diesel, kita perlukan lebih banyak data, tapi saya kena nyatakan juga secara tradisinya memang dalam PRK, PRN jumlah mengundi bukan Melayu selalunya lebih rendah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat