Syed Saddiq harap ‘standard politik’ era Ismail Sabri diteruskan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap standard politik era bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan diteruskan di bawah pemerintahan Perdana Menteri akan datang.

Kata Syed Saddiq, ahli Parlimen atau mana-mana pimpinan politik tidak seharusnya bersikap ego dan sombong serta enggan berunding dengan kerajaan mendapatkan peruntukan atau bantuan kerajaan bagi tujuan disalurkan ke kawasan Parlimennya.

Beliau meminta amalan terdahulu di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadikan satu standard politik dalam pentadbiran mana-mana kerajaan.

“Saya setuju bahawa tidak harus ada mana-mana Ahli Parlimen atau pimpinan politik yang ego, sombong, tidak ingin berunding untuk bantuan kebajikan bagi kawasan Parlimen dan rakyatnya.

“Saya harap apa yang berlaku sebelum ini di (era) Bera (Ismail Sabri) akan diteruskan di bawah pimpinan Perdana Menteri dan insya-Allah akan dapat diteruskan sebagai standard politik yang baik pada masa-masa pemerintahan akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bertanyakan soalan tambahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Anwar yang menjawab persoalan itu menyambut baik syor Syed Saddiq itu serta menjelaskan rundingan bagi mendapatkan peruntukan itu juga mesti dicapai dan dimuktamad membabitkan wakil dari kerajaan dan pembangkang serta tidak dibuat secara berasingan.

Awal bulan ini, Syed Saddiq berjaya meraih sumbangan berjumlah RM160,000 selepas menamatkan larian solonya selama tiga hari atau sejauh 200 kilometer dari Muar ke bangunan Parlimen di sini.

Menerusi inisiatif yang dipanggil ‘Langkah Muar’ itu, larian itu dijayakan beliau bertujuan mengutip dana RM100,000 bagi Pusat Khidmat Muar yang diperlukan untuk menggerakkan operasi bagi membantu rakyat.

Syed Saddiq berkata, seramai lebih 2,000 penyumbang menyalurkan sumbangan itu.

Isu agihan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang kerap dibangkitkan beliau di media sosial sebelum ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat