Kalau UMNO hendak menang, mesti dengar suara rakyat di bawah – Dr Akmal

- Advertisement -

TAMBUN: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh menggesa ahli UMNO diperingkat cawangan berkata benar walaupun pahit untuk UMNO menang kembali pada Pilihan Raya akan datang.

Tegasnya, UMNO mesti dengar suara rakyat di bawah.

“Saya ingin meminta ibu-ibu, ayah-ayah diperingkat kawasan, diperingkat cawangan masing-masing, kita kena bercakap benda yang betul,

“Bawalah suara rakyat dan berkata benarlah walaupun pahit,

“Jangan pernah takut untuk membawa suara rakyat,” katanya ketika Perasmian Mesyuarat Perwakilan Sayap UMNO Bahagian Tambun 2024, pada Ahad.

Tegasnya lagi, UMNO mesti dikembalikan kepada rakyat, biarlah rakyat menentukan apa yang UMNO hendak.

Beliau juga menggesa ahli-ahli UMNO peringkat cawangan tidak boleh lagi memberi laporan baik-baik sahaja untuk memuaskan hati pemimpin sahaja.

“Tak boleh ‘bos kita ok bos’, ‘tempat saya ok’, itu yang kita kalah, kalau nak menang buat cara nak menang, macam mana, kembalikan UMNO ini kepada rakyat biarlah rakyat menentukan apa yang UMNO nak,” ucapnya lagi.

Beliau yakin dan percaya apa yang beliau bawa ini adalah suara daripada lubuk hati ahli-ahli akar umbi di cawangan, katanya.-SUARATV

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat