Melaka: Ketua Wanita UMNO bahagian Kota Melaka merangkap Exco Wanita UMNO Malaysia Datuk Haryaty Hamdzah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ketua Wanita UMNO cawangan-cawangan, para perwakilan dan pemerhati yang menjayakan persidangan 2024.
Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT atas keizinanNya jua mesyuarat perwakilan Wanita UMNO Kota Melaka 2024 telah berjaya diadakan semalam 6/7/2024 di Dewan Komuniti Kemas, Telok Mas.
Kesempatan ini saya ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ketua Wanita UMNO cawangan-cawangan, para perwakilan dan pemerhati yang menjayakan persidangan kita kali ini.
Istimewa persidangan ini.
1. Penghargaan buat ahli-ahli wanita cawangan dan wanita cemerlang Kota Melaka. Seramai 9 penerima telah menerima anugerah ini.
2. Persembahan Busker Puspen Tiang Dua , ia merupakan pendekatan pengurangan diskriminasi / stigma dikalangan masyarakat dengan klien. Mesej lain yang ingin disampaikan adalah kelompok ini adalah “pesakit” yang perlu dirawat. Banyak pihak perlu bersama membantu mereka.
3. Usul yang kita bawa adalah usul pendidikan . Selain usul daripada Wanita UMNO Malaysia yang kita terima tanpa bahas.
4. Terdapat 7 org Exco Wanita UMNO Malaysia yang berada dalam persidangan ini, termasuk 2 orang ketua wanita bahagian dari luar Melaka dan 3 orang ketua wanita UMNO Bhgn dalam negeri Melaka serta 1 Timbalan Ketua UMNO Bhgn, merangkap Ahli Majlis HAWA Malaysia. Ini merupakan suatu perhormatan dan jalinan nilai persahabatan tinggi buat saya dan wanita Kota Melaka.
5. YB Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Ketua Umno Kota Melaka yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Melaka / Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia menggelar saya “wanita besi” dan seterusnya memberikan quota proxy beliau selaku Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia kepada WANITA. dan akhirnya,
6. Yang Berbahagia Datuk Norliza – selaku Perasmi dalam ucapannya beliau telah membuat pengumuman tawaran Zakat Wakaf PTPTN buat anakanda sahabat baik saya almarhumah Suzana Othman , adik Ainul Mardhiah bagi menyambung pembelajaran beliau di universiti tempatan setelah mendapat 8A dalam keputusan SPM baru ini.
Saya menitis air mata kegembiraan dengan pengumuman ini. Jika arwah masih ada dia pasti bangga. (al fatihah buatmu sahabatku.)
Mesyuarat Perwakilan seumpama ini pasti tidakkan berjaya tanpa usaha barisan AJK dan sukarelawan wanita yang bertungkus lumus menjayakan persidangan ini. Begitu juga, pihak Japerun Telok Mas yang banyak melancarkan perjalanan majlis.
Persidangan kali ini, agak tidak lengkap tanpa Setiausaha Wanita UMNO Kota Melaka yang menunaikan fardhu haji dan akan kembali ke Melaka pada 9/7/2024. Sememangnya ada sedikit kerumitan, namun ia dapat diatasi dengan kerjasama semua pihak. Alhamdulillah..
Terima Kasih kepada YB Tuminah Kardi yang menjadi wakil menunggu Wanita UMNO Melaka , Tn Hj Saadon – En Nazri – Cikgu Hasryzal – AJK UMNO Bhgn yang menjadi wakil UMNO bhgn dalam persidangan wanita yang menanti dari awal hingga selesai.
Tidak lupa Terima Kasih juga buat media yang membuat liputan, Suara TV dan jurugambar hebat, En Marzukie Md Noor dan Arief Shariff.
Jutaan kemaafan dari saya atas segala kekhilafan kerana sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT, segala kelemahan itu daripada diri saya sendiri, katanya dalam hantaran di facebook pada hari ini.