Unit Peladang Pengalungan diwujudkan bantu petani dan peladang di pendalaman

- Advertisement -

NABAWAN –Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pertubuhan Peladang sentiasa berusaha bagi memastikan masyarakat Peladang dapat memainkan peranan yang aktif dalam meningkatkan sumbangan berkesan dalam sektor Agro-Makanan negara dan ini termasuklah di kawasan-kawasan yang berada luar bandar dan pedalaman.

Menurut Timbalan Menteri, Datuk Arthur Joseph Kurup, inisatif-insiatif yang disalurkan melalui Pertubuhan-pertubuhan Peladang adalah untuk memberi nafas baru kepada sektor agromakanan melalui mengadaptasikan penerapan teknologi automasi dan mekanisasi terkini, smart-precision farming, pendigitalan pengeluaran dan bagi menguasai rantaian pengeluaran berskala besar sekaligus dapat membantu kerajaan dalam keterjaminan makanan negara khususnya di Wilayah Sabah.

Ulasnya lagi, di bawah Peruntukan Pembangunan Rolling Plan Ke-4 (2024) Lembaga Pertubuhan Peladang telah menyalurkan peruntukan geran pembangunan berjumlah RM4.1 juta untuk Wilayah Sabah bagi membiayai pelbagai projek-projek Pembangunan seperti AgriPRENTICE, Pemerkasaan Usahawan Peladang (RISE-UP), Pembangunan Pusat Lepas Tuai dan lain lain.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pensiangan berkata demikian ketika ditemui media di Majlis Perasmian Unit Peladang Pagalungan pada hari ini. Unit Peladang tersebut merupakan yang ke-29 bagi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Nabawan dan mencatatkan pertambahan keahlian seramai 120 orang kepada jumlah keseluruhan 3,620 orang ahli.

Bagi Wilayah Sabah, terdapat 1 Pertubuhan Peladang Negeri dengan 27 Pertubuhan Peladang Kawasan yang memayungi sebanyak 836 Unit Peladang.

“Dengan menyertai Pertubuhan Peladang, kita dapat menyusun langkah yang membolehkan peladang sendiri mengendalikan pemasaran hasil-hasil pertanian terutamanya hasil komoditi, tanaman kontan seperti kacang tanah, buah-buahan dan sayur-sayuran dengan mewujudkan `Peladang Outlet’, Pasar Peladang, Jualan Agro MADANI dan sebagainya.” Kata Arthur

Jelasnya lagi, Ahli Peladang turut mendapat keutamaan dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan LPP seperti nasihat projek, pengangkutan, pemprosesan hasil, pemasaran, pengedaran baja, kejenteraan dan kemudahan kredit.

Beliau berharap dengan penubuhan Unit Peladang Pagalungan akan memudahkan KPKM melalui jabatan dan agensi pelaksana di bawahnya untuk menyalurkan segala bantuan kepada golongan sasar dengan lebih berkesan dan teratur agar kemakmuran Malaysia MADANI dinikmati bersama di kawasan pedalaman.

Program turut diselitkan dengan Mini Jualan Agro Madani melibatkan usahawan peladang dibawah bimbingan Pertubuhan Peladang (PP) yang menawarkan pelbagai hasil pertanian segar dari ladang seperti daging segar, ikan, sayuran, beras dan barangan keperluan asas harian dengan harga yang berpatutan.

Hadir sama, Ketua Pengarah LPP, Encik Amir bin Matamin; Pengarah LPP Sabah, Puan Hadriyani binti Ahmad dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Nabawan, Encik Marutin Ansiung.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat