TDM & TNI-AD sekat enam PATI ceroboh sempadan negara

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

LUNDU – Cubaan enam Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk menyeludup masuk ke negara ini berjaya digagalkan apabila mereka disekat oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI-AD) pada Sabtu lalu.

Kesemua PATI terbabit ditahan di sempadan di sini, kira-kira pukul 4.10 petang.

Menerusi kenyataan Divisyen Pertama Infantri (1 Divisyen) memaklumkan kejadian berlaku ketika anggota TDM dan TNI-AD sedang melaksanakan operasi di Sektor Pos Gabma Biawak iaitu jarak lebih kurang 118 meter dari sempadan Indonesia.

Menurutnya, ketika sedang melaksanakan rondaan, anggota tentera mengesan 6 PATI sedang berjalan dalam keadaan mencurigakan daripada arah sempadan Indonesia.

Hasil pemeriksaan rapi yang dilakukan oleh anggota tentera mendapati kesemua suspek adalah PATI warganegara Indonesia terdiri daripada seorang wanita dan empat lelaki berumur dalam lingkungan 20 hingga 39 tahun.

“Kesemua suspek tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah, cuba menceroboh masuk ke Malaysia melalui laluan tikus untuk bekerja sebagai pekerja ladang di Malaysia.

“Tiada barang larangan berbahaya ditemui hanya wang tunai, telefon bimbit, dompet dan beg pakaian yang dianggarkan berjumlah RM10,020 keseluruhannya,” katanya.

Ujarnya, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu bagi menentukan tindakan dibuat dengan betul mengikut peraturan semasa. Kesemua suspek telah di bawa ke sempadan negara untuk tindakan pengusiran.

“Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis telah merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua anggota di bawah naungannya.

“TDM akan terus komited untuk memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan PATI, kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan,” kata kenyataan itu lagi – Suara.TV

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat