Seorang penumpang maut, pesawat SIA alami gelora udara teruk

- Advertisement -

SINGAPURA – Seorang meninggal dunia dan beberapa cedera selepas penerbangan SQ321 dari Singapore Airlines (SIA) dari London ke Singapura mengalami gelora udara teruk (turbulence) ketika dalam penerbangan, menurut syarikat penerbangan itu.

SIA berkata, pesawat Boeing 777-300ER yang membawa sejumlah 211 penumpang dan 18 kru dilencongkan ke Bangkok dan mendarat pada 3.45 petang waktu tempatan hari ini.

“Singapore Airlines mengucapkan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia.

“Kami akan memberikan kemas kini secara berkala di akaun Facebook dan X kami,” katanya di Facebook.

SIA berkata, keutamaan kini adalah memberikan bantuan kepada semua penumpang dan kru yang berada di dalam pesawat.

Pengendali penerbangan terbabit berkata, mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di Thailand untuk menyediakan bantuan perubatan yang diperlukan, dan menghantar pasukan ke Bangkok untuk memberikan sebarang bantuan tambahan yang diperlukan. – Bernama

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat