Restoran Naan Corner beri sumbangan RM10,000 kepada Persatuan Karyawan Malaysia

- Advertisement -

Satu Majlis penyerahan Mock Cheque bernilai RM10,000 ribu daripada restoran Naan Corner Mr Boom 1983 yang diserahkan kepada pihak Persatuan Karyawan Malaysia bagi majlis makan malam “Legend’ bagi kutipan dana untuk membantu artis artis yang kurang bernasib baik.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Dato Khaty serta Dato Freddie Fernandez presiden Pesatuan Karyawan di restoran Naan Corner Mr Boom 1983 di Taman Lembah Keramat, Kuala Lumpur.

Restoran Naan Corner mengatakan terpanggil untuk membantu artis artis yang tidak bernasib baik ini kerana membesar dengan hasil karya mereka. Ini juga satu peluang bagi Restoran Naan Corner untuk kembangkan perniagaan mereka bukan sekadar mendapatkan keuntungan tetapi memberi kembali kepada masyarakat.

Majlis makan malam Legends’ akan diadakan pada 2 Jun 2024 (Ahad), 8:00 hingga 11:00 malam, bertempat di Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur. Program makan malam ‘Legends’ akan dihiburkan oleh 4 penyanyi legend tanahair seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Datuk Awie, dan Rahimah Rahim. Datuk Khatijah Ibrahim salah seorang ‘legends’ yang akan membuat persembahan pada malam tersebut berkata tujuan malam amal untuk membantu rakan-rakan seperjuangan.

Persatuan Karyawan Malaysia sebuah organisasi yang mewakili para penggiat seni tempatan membuat kutipan amal yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi tabung Persatuan. Dato Freddie Fernandes mengalu-alukan Penaja ke majlis Makan Malam Legends. 

kami berharap untuk mendapat sokongan dari individu atau syarikat yang berminat untuk sama-sama menjayaan majlis gilang-gemilang yang bakal diadakan melalui format pembelian meja tajaan sebagaimana berikut :

  1. Penaja Meja Berlian – RM 100,000
  2. Penaja Meja Platinum – RM 50,000
  3. Penaja Meja Emas – RM 10,000
  4. Penaja Meja Perak – RM 5,000
  5. Meja Biasa – RM 3,000, RM 2,000

Hasil kutipan ini bakal digunakan untuk membiayai beberapa perkara seperti membantu para penggiat seni veteran yang berada didalam keadaan uzur dan juga yang hilang upaya. 

Saksikan sendiri 4 Legends negara, bergabung pada makan malam amal ini nanti

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat