Stesen cas EV sudah ada 2,288 unit sasar 10,000 – Tengku Zafrul

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Sebanyak 268 lagi stesen pengecas kereta elektrik (EV) telah beroperasi, menjadikan jumlah terkumpul Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCB) setakat Mac 2024 sebanyak 2,288 unit, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kementerian masih lagi mengekalkan sasaran 10,000 stesen pengecas baru tetapi sasaran Pengecas Pantas arus terus (DC) dinaikkan dari 1,000 stesen pengecas ke 1,500 stesen.

“Pasaran EV di dalam negara terus mencatatkan perkembangan yang pesat bagi tiga bulan pertama tahun ini, yang mana hampir 11,000 unit kenderaan elektrik bateri (BEV) dan hibrid telah dijual sehingga Mac 2024,” katanya.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC) yang dipengerusikan Datuk Seri Fadillah Yusof itu turut membincangkan konsep Pasport Bateri EV.

Katanya, semua bateri EV perlu mempunyai sistem pengenalan agar dapat memastikan semua bateri yang telah tamat hayatnya boleh dikesan dan dikitar semula selaras dengan konsep ekonomi kitaran.

“Kenderaan EV juga perlu menjadi sebahagian daripada ekonomi kitaran. Masih banyak lagi inisiatif yang boleh dilaksanakan bagi menambahbaik ekosistem EV sedia ada.

“Insya-Allah, kita akan bersama-sama menggerakkan pembangunan industri dan ekosistem EV negara secara progresif,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat