Bekalan beras mencukupi – KPKM

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberikan jaminan bahawa bekalan beras sebagai makanan ruji negara di pasaran adalah mencukupi untuk keperluan rakyat Malaysia.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak KPKM pada Isnin memaklumkan, pengedaran stok beras putih tempatan (BPT) sedang giat dijalankan.

Penurunan harga beras putih import (BPI) di antara RM2.00 hingga RM3.00 turut dilaksanakan bagi menampung keperluan para pengguna.

Ianya telah dimuktamadkan melalui mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bulan lalu.

Beliau berkata, stok fizikal beras negara sehingga kini sebanyak 1,096,964 tan metrik termasuk 290,000 tan metrik stok penimbal beras.

Menurutnya, maksud keterjaminan bekalan beras negara, jumlah tersebut adalah stabil serta mampu menampung keperluan untuk tempoh 5.48 bulan.

“Tambahan pula, jumlah stok fizikal beras negara berbanding jumlah penduduk adalah antara yang tertinggi dan terjamin di rantau ini, ”katanya.

“Kerajaan turut melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menjamin peningkatan pengeluaran beras tempatan khususnya melalui 12 Inisiatif Gelombang Padi.

Antara yang dirangka adalah peluasan program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) Ala Sekinchan, program penanaman padi 5 musim untuk 2 tahun dan inisiatif memperkukuh infrastruktur pengairan sawah, ”katanya lagi.

Pihaknya menggalakkan penanaman dan pengambilan hasil tanaman-tanaman lain yang bernutrisi dan sihat oleh rakyat selain daripada makanan ruji negara.

“Perkara ini adalah antara penekanan utama KPKM dalam melaksanakan agenda keterjaminan makanan negara selaras dengan Dasar Agro Makanan Negara (DAN) 2021-2030, ”tambah kenyataan itu lagi . – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat