- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh ditahan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu hari ini.
Beliau tiba di Kota Kinabalu pada jam 10.30 pagi Jumaat bagi menghadiri Kembara Ramadan bersama Pemuda Umno Sabah.
“Saya telah ditahan di IPD Kota Kinabalu pagi ini walaupun telah dijadualkan utk memberi keterangan esok di IPD Dang Wangi.
“Insya-Allah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan,” katanya.
Ketika menaiki kenderaan polis beliau sempat berkata, “no fear, no surrender”.
“Saya tidak akan berganjak walau seinci dengan pendirian kita,” ujarnya.
Penahanan ini berkaitan kempen boikot KK Mart yang melibatkan penjualan stoking kalimah Allah.