PDRM umum 20 pertukaran pegawai kanan berkuatkuasa esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan 20 arahan pertukaran membabitkan pegawai kanannya.

Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner Alzafny Ahmad berkata, arahan pertukaran itu turut membabitkan beberapa pegawai kanan yang akan berkuatkuasa mulai esok.

Pertukaran itu membabitkan, Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu yang baharu menggantikan Datuk Mazli Mazlan.

“Mohd Khairi sebelum ini menyandang jawatan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Mazli Mazlan pula ditukarkan bagi menyandang jawatan itu menggantikan Mohd Khairi,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Antara pegawai kanan lain yang bertukar jabatan adalah Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Datuk Abu Samah Mohd Nor ditukarkan ke jawatan Ketua Penolong Pengarah E1 Cawangan Khas Bukit Aman.

Ketua Penolong Pengarah (Pematuhan) Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Thaipul Bahri Mokhtar dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Integriti) JIPS Bukit Aman memangku pangkat Deputi Komisioner.

Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaludin ditukarkan ke sebagai Komandan Maktab Teknik PDRM, Bakri, Muar dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan pula ditukarkan sebagai Ketua Penolong Pengarah (Persenjataan) Bahagian Teknikal/Operasi Bahagian Logistik dan Teknologi Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat